Rabu, 08 September 2010

surat untuk mu, Adam..!!

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu.
Aku dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak heranlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu.

Adam,
Sebagaimana dalam Al-Quran, engkau diberi kuasa terhadap wanita.
Kau diberi amanah mendidikku.
Kau diberi tanggung jawab untuk menjagaku,
memperhatikan dan mengawasiku agar ridho Allah sentiasa menaungi.

Adam,
Kau lah imam dan aku adalah makmummu.
Jika kau benar maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Lupakah kau duhai Adam?
Kau punya satu kelebihan anugerah Allah. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Dan aku, akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam, gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.

Bimbing-lah tanganku karena aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir.
Bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah.
Perdengarkanlah aku kalimah syahdu dari Allah agar duniaku sentiasa dijalan rahmah.
Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.

By Nay Sudarminto

Tidak ada komentar: