Kamis, 11 November 2010

Tuhan Izinkan Ku Mengalirkan Airmata…. Bagikan

Ya Allah, Ya Tuhanku

HambaMu merindukan

Rahmat kasih sayangMu

Dan jua keredhaanMu

Dalam hidupku

Tiada yang lebih mengetahui diriku melainkanMu. Kasihanilah diriku…

Ampunilah daku….

Meskipun ku ulangi dosa noda

Yang menjanjikan azab sengsara

Namun ku sedari

KeampunanMu tidak bertepi

Aku tidak berniat mempermainkan taubatku Ya Allah, aku benar-benar bertaubat…

Tetapi seringkali juga ku ulangi…

Ampunkan aku….. kasihani diriku, wahai tuhanku…. Bimbinglah diriku….

Ku akui diri ini

Hamba yang mungkir pada janji-janji

Jadikanlah taubat ini yang sejati

PadaMu Ilahi

Janganlah Kau murkai diri ini…

Aku akui kesalahanku, namun aku tetap berharap kasih sayangMu….

Bantulah diriku untuk jadikan ini taubat yang terakhir.

Matikanlah aku setelah Kau terima taubatku!

Matikanlah aku dalam keadaan bertaubat kepadaMu! Tuhan Yang Maha Satu…

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku

Ya Allah, redhakanlah kehidupanku

Moga terhapus penghijab kalbu

Antara Kau dan aku

Airmataku mendahuluiku, sujud ke bumi menyembahMu….

Tuhan,

Ku zalimi diri ini

Andai Kau tak ampuni dan rahmati

Alangkah ruginya diri

Izinkan aku menangis Ya Allah….

Janganlah Kau marah dengan perangai burukku Ya Allah, aku mohon ampun….

Janganlah Kau berpaling dari memandangku, aku perlukanMu….

Ampunkan aku….

Tuhan,

Jangan Kau palingkan hati ini

Setelah Kau beri hidayah

Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

Tetapkanlah aku dalam kebenaran….

Aku mahu mati dalam redhaMu…..

Terimalah taubatku….

Aku tidak pernah menyangka lagu yang dapat memaksaku menangis seperti ini. Bait-bait kata yang sangat menggetar jiwa. Lirik-lirik yang hanya biasaku dengar dari kumpulan nasyid kegemaranku, Raihan. Terima kasih tuhan, Kau izinkan ku menangis lagi….


Nay Sudarminto

Tidak ada komentar: