Kamis, 11 November 2010

Kadang-kadang lupa bersyukur…



Bersyukur apabila diuji dengan kesenangan…bersabar apabila diuji dengan kesusahan… Hargailah apa yg sdg dimiliki…jgn tgu sampai segalanya diambil semula olehNYA..
Kita sering terlupa untuk bersyukur apabila kita berada dalam kegembiraan, kesenangan, kemewahan, kebahagiaan dan keceriaan. dan apabila kita berada dalam kesusahan, kesedihan, kekecewaan, penderitaan dan sebagainya kita lupa pula untuk bersabar. Kita salahkan keadaan, salahkan orang lain yang kita anggap penyebab kepada kesusahan kita.Kadang-kadang kita salahkan diri sendiri dan yang paling teruk sekali kita salahkan takdir Allah.. Astaghfirullah, itu lah kita manusia…(sekadar mengingatkan diri sendiri)
Terlalu banyak ujian dan dugaan yang menimpa aku sejak kebelakangan ini. Malah sampai aku rasa ianya datang bertubi-tubi dan aku rasa tak mampu untuk menghadapinya. Tapi bila aku renung kembali melalui bacaan dan cerita yang berbeza-beza setiap individu, aku harus menerima semua ini sebagai ujian Allah dan harus menerimanya dengan berlapang dada. Yakin bahawa Allah menjadikan sesuatu mesti ada sebab. Dia lebih mengetahuinya.
Jadi, bila kita gembira, mewah, suka, dan senang… jangan lupa untuk bersyukur. jangan lupa diri. Namun apabila ditimpa masalah bersabarlah. Tiada niat untuk mengajar atau menasihat. Ini sekadar ingatan untuk diri sendiri yang sering lupa dan lemah iman. Namun, andai ada yang ingin mengambil iktibar atas apa yang terjadi keatas diriku ini. Semoga ia memberi manfaat kepada semua…

Nay Sudarminto

Tidak ada komentar: